Info
|
Profil G+ Profil Facebook Profil twitter
Home » » Perisai Kehidupan

Perisai Kehidupan

Written By Unknown on Selasa, 25 Juni 2013 | 08.18


'Indonesia Islam, Islami, Sejarah islam, islam agamaku, tentang islam, hukum islam, solawatan, download solawatan'

Assalamu'alaikum w.b.t,

Perisai Kehidupan  [ Indonesiaku Islam ] -  Segala Puji Bagi Allah s.w.t,Tuhan sekalian alam.. Zat yang tiada sama sekali menyerupai mana-mana makhluq-Nya, juga tiada mula dan tiada akhir bagi-Nya.. Sungguh Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana atas segalanya..

Selawat dan Salam kepada Rasulullah s.a.w, kecintaan dan kerinduan kepada Baginda s.a.w yang tiada tara dalam diriku..Semoga diri ku yang dhaif ini diizinkan oleh Sang Pencipta untuk bersua dengan kekasih-Nya di suatu masa akan datang, amin Allahumma amin.

Sesungguhnya di dalam diri setiap manusia itu adanya seketul daging,baik daging itu maka baiklah sekalian yang lain,buruk daging itu maka buruklah sekalian yang lain..itulah hati, Raja dalam diri manusia. Hal ini bukan suatu perkhabaran yang bersifat sangkaan oleh ahli falsafah mahupun mana pemikir,ianya suatu perkhabaran yang jelas dan sahih daripada penyampai wahyu Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w. Oleh itu, sebagai seorang yang beriman pada Allah dan Rasul-Nya..menjadi kewajipan pada setiap dari kita untuk benar-benar menilik dan bermuhasabah bagaimanakah keadaan Sang Raja ini, masih dikotori dengan penyakit-penyakit hati ataupun ianya bercahaya dengan ilmu & iman yang kukuh di sisi Allah ?

Tiadalah langkah yang pertama dalam menyedari hakikat diri ini melainkan dengan benar-benar menilik kembali,hari ke hari..akan hati yang ada ini,kerana di akhirat kelak, yang ditilik oleh Allah s.w.t itu bukanlah cantiknya paras rupa,kekayaan hartanya,atau hebatnya kedudukan dirinya dalam kalangan manusia..tetapi adalah hati setiap orang,apakah taqwa ataupun nafsu yang diikutinya.
Sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam Al-Qur'an. surah asy-syu'ara : 88-89 iaitu maksudnya :

"Pada hari itu harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali mereka yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera. "

Oleh yang demikian, apakah yang terlebih penting daripada usaha pembersihan hati ?

Apabila kita telah bermuhasabah diri dan insyaAllah bilamana kita menyedari akan hakikat diri yang masih kotor dengan dosa-dosa dan penyakit-penyakit hati..maka walau bagaimanapun keadaan kita ketika,baik kita masih muda atau telah berumur, kaya ataupun miskin, berpangkat ataupun tidak, menjadi keperluan kepada kita untuk kembali bertaubat,menyesali segala kesalahan lalu kepada Tuan diri dan sekalian alam ini,Allah s.w.t.. tidak ada istilah sudah terlambat melainkan nyawa sudah di halkum...Sebesar & sebanyak mana pun dosa-dosa yang lalu itu, ketahuilah bahawa keampunan Allah s.w.t itu jauh lebih besar bahkan di gambarkan oleh Nabi s.a.w,keampunan Allah s.w.t itu lebih dari langit yang di lihat..

Satu ketika, Nabi s.a.w bersama sahabat-sahabat lalu kelihatan oleh mereka seorang ibu bersama anaknya yang masih bayi..Lalu Nabi s.a.w bertanya kepada para sahabat, "Apakah sanggup ibu itu mencampakkan anaknya itu ke dalam api yang membara ?",lalu para sahabat menjawab, "Sudah tentu tidak Ya Rasulullah"..Kemudian Baginda menyambung, "Ketahuilah bahawa kasihnya Allah s.w.t kepada hamba-hamba-Nya lebih berganda daripada kasihnya ibu kepada anaknya."

Sungguh,Dialah Yang Maha Mengasihi Lagi Maha Pengampun.

Apakah kita tidak berasa malu dengan Allah s.w.t yang sangat mengasihi diri kita,diberikan segala keperluan & nikmat serta di tawarkan keampunan-Nya agar kelak di masukkan ke tempat yang terbaik,syurga-Nya yang tiada tara keindahannya. Namun bagaimana sikap kita kepada Allah, enggan mensyukuri nikmat dengan mengingkari perintah-Nya, menafikan segala keperluan yang diperolehi datangnya dari Allah dengan berasa diri sendirilah sebab pada kesenangan, bahkan berasa tidak mengapa dan melazimi diri dengan perkara-perkara maksiat dan melalaikan...



Ayuh,sama-sama lah kita insafi diri dengan segala kasalahan lalu dengan membina PERISAI KEHIDUPAN kita,iaitu dengan..

1)kembalikan segala kebergantungan kita kepada Allah s.w.t
2)berterusan dalam memohon keampunan & keredhaan dari Allah s.w.t
3)bermujahadah/bersungguh-sungguh diri dalam menambahbaikkan amal taat & sunnah dalam kehidupan seharian kita

insyaAllah semoga dengan niat yang ikhlas dan usaha sebegini, di pelihara diri kita dari perkara-perkara yang buruk dan di kurnia kekuatan dari mengulangi dosa-dosa lalu..amin

Seterusnya, harus kita ketahui bahawa tipu daya syaitan itu sangat halus..sehingga mereka yang teguh imannya boleh juga tidak terkecuali terpedaya dengan "keindahan" belaian mereka supaya terjebak dalam maksiat.. Antara tipu daya mereka pada mereka yang beriman & berilmu :

*Di rasakan bahawa amal yang dibuat itu sudah mencukupi sedangkan hanyalah sedikit yang dikerjakan dan tiada kualiti.
*Berasa dengan ilmu & amal yang ada sudah melayakkan dirinya memasuki syurga Allah s.w.t sedangkan jauh sekali ilmu & amalnya untuk memasuki syurga.
*Berasa dirinya lebih mulia dari orang lain sehingga merendah-rendahkan orang lain.
*Tidak mengapa sekali-sekala berbuat dosa,kerana seolahnya timbangan amal kebaikannya lebih berat.

Semoga Allah s.w.t melindungi diri kita dari segala tipu daya syaitan ini..dan Nabi Muhammad s.a.w juga telah mengajar kita satu doa yang boleh kita amalkan setiap pagi & petang & bila-bila kita uji dengan gangguan syaitan iaitu dalam surah al-mukminun : 97-98 :

"Robbi 'auzubika min hamazatisy syayatin wa'uzubika min ayyahdurun"
(Tuhan,aku berlindung kepada-Mu dari bisikan syaitan dan dari kehadirannya)

Nasihat guru kami juga, Al-Fadhil Ust Muhadir Bin Haji Joll As-Senariy iaitu :

"Hendaklah kamu berusaha menutupi segala pintu-pintu dan jalan-jalan yang boleh membawa diri kamu kepada kemaksiatan..."

Dan suka saya memetik kata-kata yang biasa dipegang oleh para doktor :
"Prevention is better than cure"
Sebagai akhir, sekadar ingatan bersama..walau siapapun kita,tidaklah kecuali dalam keperluan kita untuk memperbaiki & menambah amal-amal kebaikan dan istiqamah dengannya, serta berterusan dalam membina PERISAI KEHIDUPAN iaitu 3 perkara di atas..

Wallahu'alam, mohon ditegur/dinasihatkan jika ada kesalahan dan kekurangan. Jazakallah pada yg sudi membaca.

Share this post :

Posting Komentar